Kamis, 10 April 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Niat Solat 5 Waktu Dan Solat Jumaat

Niat Solat 5 Waktu Dan Solat Jumaat

Niat dalam solat fardhu seperti Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Asar. Niat sembahyang lima waktu ini wajib dilakukan setiap individu yang bergelar muslim. Niat solat dalah perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang kerana ia tergolong dalam Rukun Sembahyang.

Selain solat lima waktu yang dituntut ditunaikan pada setiap hari, terdapat satu lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat. Ibadah berkenaan dilihat bukan sekadar kewajipan tetapi ia mempunyai objektif mendalam sekiranya setiap umat Islam menghayati hikmah tuntutan solat tersebut. Jadi apakah niat solat Jumaat ?

Niat Sembahyang Subuh

Subuh

Usalli fardhaz subhi rakaataini (*) adaan lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Taala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Zohor

zohor
Usalli fardhaz zuhri arbaa rakaatin (*) adaan lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Taala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Sembahyang Asar

Asar
Usalli fardhaz asri arbaa rakaatin (*) adaan lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Taala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
 

Niat Sembahyang Maghrib

Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha rakaatin (*) adaan lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Taala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
  

Niat Sembahyang Isyak

Isyak
Usalli fardhaz isyai arbaa rakaatin (*) adaan lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Taala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  
Niat Sembahyang Jumaat

Jumaat
Usalli fardhaz Jumaati rakaataini adaan makmuman lillahi taala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Taala.


Sumber rujukan: zakatsel

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar