Sabtu, 21 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
2014
»
dunia
»
empat
»
ke
»
layak
»
negara
»
piala
»
Empat Negara Layak Ke Piala Dunia 2014

Empat Negara Layak Ke Piala Dunia 2014

EMPAT negara – Belgium, Jerman, Switzerland dan Russia menyertai Itali dan Belanda sebagai wakil Eropah di Piala Dunia 2014 selepas masing-masing mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Brazil itu, awal pagi tadi.
Belgium layak selepas menewaskan Croatia 2-1 di Zagreb hasil dua jaringan penyerang pinjaman Everton dari Chelsea, Romelu Lukaku pada aksi kesembilan Kumpulan A.
Jerman pula layak dari Kumpulan C selepas mudah membenam Republik Ireland 3-0 menerusi jaringan Sami Khedira, Andre Schurrle dan Mesut Ozil.
Dalam Kumpulan E, Switzerland menempah tempat ke pusingan akhir selepas mengatasi Albania 2-1.
Manakala Russia layak menerusi kemenangan mudah 4-0 ke atas Luxembourg tatkala pesaing utamanya dalam Kumpulan F, Portugal sekadar seri 1-1 dengan Israel.
Belanda yang sudah pun layak lebih awal, bulan lalu masih bertenaga dengan membelasah Hungary 8-1 pada aksi Kumpulan D dengan Robin van Persie meledak hatrik sambil lima lagi gol dijaringkan Kevin Strootman, Jermain Lens, Rafael van der Vaart, Arjen Robben dan jaringan sendiri Szilard Devecseri.
Dalam aksi Kumpulan I pula, juara bertahan Sepanyol mengatasi Belarus 2-1 menerusi jaringan Xavi dan Alvaro Negredo untuk mereka tiga mata mengatasi Perancis dan akan layak jika berjaya mengelak kekalahan kepada Georgia di laman sendiri, Selasa ini.
England pula dalam Kumpulan H bakal layak ke Brazil jika menang ke atas Poland, Selasa ini selepas kejayaan membenam Montenegro 4-1 di Wembley, awal pagi tadi menerusi jaringan Wayne Rooney, gol sendiri Branko Boskovic, Andros Townsend dan penalti Daniel Sturridge.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar